Drama Jangan Menangis Cinta

Berikut dikongsikan drama yang diterbitkan oleh Megadrama Astro Ria juga adaptasi novel Jangan Menangis Cinta karya Siti Rosmizah. Jangan lupa menontonnya nanti yang akan disiarkan tidak lama lagi..


Sinopsis Drama Jangan Menangis Cinta

Menceritakan perkahwinan aturan keluarga antara Riyana (Amyra Rosli) dan Zafran (Remy Ishak) yang mana mencetuskan rasa cinta apabila Riyana hamil. Bagaimanapun perkahwinan mereka diduga apabila anak mereka, Cinta Aryana, dilahirkan tanpa sebelah kaki.

Riyana seorang gadis dari keluarga sederhana. Seorang pelajar yang bijak dan sedang menuntut di universiti tempatan. Pertemuan tanpa diduga dengan Zafran Zahim telah menghuru-harakan hidupnya.

Pertemuan tanpa sengaja dengan abangnya, Hariz makin mendekatkan Riyana dengan musuh utamanya. Takdir Tuhan tiada siapa mampu menghalang. Riyana bertemu jodoh dengan Zafran. Tetapi dia tidak bahagia.

Riyana bukan saja makan hati dengan sikap suaminya tetapi juga dengan emak mentua yang begitu membencinya.

Dalam Riyana mengharungi dugaan hidupnya. Allah menyemaikan kasih di dalam hati suaminya. Zafran akhirnya jatuh cinta dengan isterinya. Namun, bahagia seketika cuma. Dugaan datang melanda. Cinta Aryana pengikat kasih mereka, lahir tidak sempurna.

Riyana redha tetapi Zafran tidak boleh menerima. Cinta dihina! Dicemuh! Dibenci! Oleh bapa kandungnya sendiri. Sehinggakan nak memegangnya pun terasa jijik!

Luluh hati Riyana melihat nasib anaknya. Demi Cinta, Riyana sanggup berkorban apa saja


Drama Jangan Menangis Cinta

Episod: 40

Tarikh Tayangan: 21 Mac 2022

Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam

Rangkaian: MegaDrama Astro Ria

Skrip: Wan Mahani Wan Hassan

Pengarah: Raja Mukhriz

Produksi: SR One Sdn Bhd


Watak Pelakon

Remy Ishak sebagai Zafran

Amyra Rosli sebagai Riyana

Rita Nadira sebagai Dina

Halim Radzi sebagai Hariz

Sharifah Fathimah Hawra sebagai Cinta Aryana

Kiah Propa sebagai Mak Yang

Atilia Haron sebagai Amirah 

Khaty Azian sebagai Puan Sabrina

Wanns Ahmad sebagai Hafiz

Fiza Thomas sebagai Mawar

Ku Fridah sebagai Puan Seri Latifah

Amanda Amry sebaagai Nabilah

Idzham Ismail sebagai Zulkifli

Rahim Jailani sebagai Dato Seri Jaafar

Fadilah Mansor sebagai Datin Seri Raziah

Hilal Azman sebagai Pak Nordin


Lagu Tema (OST)

Jangan Menangis Cinta - Idayu

Selamat Tinggal Cinta - Syarfa Rianna


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Jangan Menangis Cinta"

Catat Ulasan