Memohon Dan Semakan Pengeluaran Khas KWSP RM10K (2022)

Memohon Dan Semakan Pengeluaran Khas KWSP RM10K (2022). Untuk pergeluaran kwsp bagi tahun 2022, berikut dikongsikan cara tersebut secara ringkas. Sebelum itu, anda kena tahu syarat-syarat yang boleh untuk mengeluarkan bantuan ini..

Syarat-syaratnya ialah:

  • Warganegara Malaysia berumur 55 tahun ke bawah.
  • Mempunyai baki akaun di dalam akaun 1 dan akaun 2 KWSP.
  • Pengeluaran akan didahulukan melalui akaun 2 KWSP , kemudian barulah akaun 1.


Memohon Pengeluaran Khas KWSP RM10K (2022)


Pengeluaran khas ini boleh mula dibuat bermula 1 April 2022 sehingga tarikh tutup 30 April 2022..

Langkah 1
Pautan permohonan > klik sini

Langkah 2
Klik TERUSKAN dan PERMOHONAN. 

Langkah 3
Isi form yang disediakan .Contoh nama, kad pengenalan dan seterusnya. Tekan TERUSKAN dan sahkan identiti anda melalui pengesahan Nombor OTP atau Soalan Keselamatan.

Langkah 4
Tentukan AMAUN PILIHAN PENEGLUARAN. Rujuj pada A atau B di sebelah kanan.Tekan TERUSKAN. Skrin akan memaparkan jumlah maksimum AMAUN PILIHAN PENGELUARAN.

Langkah 5
Tetapkan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN anda dengan menaip amaun pilihan.
Tekan TERUSKAN.

Langkah 6
Lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan Kaji Selidik. Tekan TERUSKAN. Semak semua maklumat. Klik pautan Terma dan Perakuan. Tandakan (/) sebelum tekan HANTAR. Selesai!


Pembayaran pertama pengeluaran khas KWSP RM10,000 ini adalah bermula 20 April 2022. Ia bergantung pada tarikh permohanan anda, cepat submit cepatkan dapat 10k..

Pembayaran dilakukan secara one-off.




Semakan Pengeluaran Khas KWSP RM10K


Untuk membuat semakan permohonan mulai 9 April 2022, pemohon boleh membuat semakan melalui pautan disediakan..

Langkah 1
Pautan permohonan > klik sini

Langkah 2
Klik SEMAK STATUS PERMOHONAN

Langkah 3
Isi form seperti kad pengenalan, no telefon, tick CAPTDHA dan klik semak status

Langkah 4
Selesai,


Amaun Pengeluaran

Bagi pencarum yang membuat permohonan, amaun pengeluaran yang dibenarkan bagi pencarum yang memohon adalah minimum RM50 dan amaun maksimum sebanyak RM10,000 tertakluk kepada baki simpanan akaun 2.

Jika simpanan akaun 2 tidak mencukupi, akaun 1 akan digunakan mengikut jumlah permohonan

Sebelum itu, anda bolehlah semak terlebih dahulu baki simpanan KWSP anda. Adakah anda layak untuk membuat pengeluaran ataupun tidak.


Kaedah Pembayaran
Pembayaran akan dibuat secara satu kali bayaran sahaja (single payment).

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Memohon Dan Semakan Pengeluaran Khas KWSP RM10K (2022)"

Catat Ulasan