Resepi Sambal Telur Tumis Belacan

Berikut dikongsikan Resepi Sambal Telur Tumis Belacan, anda yang belum pernah makan atau sudah lama tidak makan. Boleh belajar memasak dengan mengikuti langkah yang diberikan nanti..


Resepi Sambal Telur Tumis Belacan

Bahan-bahan

  • 7 Biji Telur Rebus
  • 1 senduk cili kering Kisar*
  • 3 Biji Bawang Besar*
  • 3 Ulas Bawang putih*
  • Sedikit Halia*
  • 1 inci belacan* ( bahan penting )
  • 1/2 keping nisan / gula melaka
  • 2 batang serai ( ketuk )
  • 1 keping asam keping
  • Gula Dan garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • 1/2 cawan santan pekat


Cara-cara

  1. Kisar bahan bertanda * sehingga lumat.
  2. Panaskan minyak, masukkan serai, cili dan tumis cili kisar sehingga garing.
  3. Kemudian masukkan bahan Yang dikisar dan nisang / gula melaka tumis sehingga betul-betul pecah minyak.
  4. Bila dah pecah minyak, masukkan santan, asam keping, garam dan perasa. Sesekali kacau tak mahu bagi sambal hangit bahagian bawah.
  5. Bila sambal hampir pekat, masukkan telur, kecil kan api dapur biar telur sebati dengan sambal. Dah siap boleh lah di makan dengan nasi panas-panas.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Resepi Sambal Telur Tumis Belacan"

Catat Ulasan